Monday 27 April 2015 | By: Unknown

pengenalan kepada dadah



adakah anda tahu maksud dadah ?


secara umummya, dadah dikenali sebagai suatu bahan yang digunakan untuk merawat penyakit. kebiasaannya ia digunakan untuk mengurangkan simptom sesuatu penyakit atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.

namun, secara terperinci pula  dadah  merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, kita sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup kita.

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.



 lebih kurang 200 juta manusia menggunakan pelbagai jenis dadah untuk pelbagai tujuan.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.



Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis:

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna

0 comments:

Post a Comment