Ia bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan cara pembinaan blog, vlog dan brosure bersempena dengan 'Pertandingan pembinaan Blog, Vlog PPDa & Brosure yang dianjurkan oleh Ppda Daerah Klang.
Banyak ilmu yang dikongsi terutamanya ilmu berkenaan ICT dan rekaan.
Objektif : 1) Meningkatkan penggunaan media pencegahan dadah di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan Pendidikan dan Aplikasi ICT masa kini.
2) Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju Program Pencegahan Dadah.
Bersama guru pengiring, Puan Siti Nor Hasnor di SMK KWANG Hwa |
Majlis bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 4:00 petang yang diuruskan oleh Pn.Prema A/P Balakrishman bersama Pn.Rafidah Bt.Mat Yunus. Semua wakil setiap sekolah menghadirkan diri bagi mendengar taklimat tersebut.
Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada pelajar pelajar ntuk menceburkan diri dengan lebih mendalam lagi dalam bidang ICT di samping mendapat banyak pengetahuan tentang dadah melalui krusus-krusus yang dihadiri. Semoga dengan pengalaman dan pengetahuan ini dapat dimanfaatkan pada masa hadapan nanti.
3 comments:
Wow! bagusnya sekolah ini!
Not bad, please visit my blog
oh tq so much PPDa SMKRL,sure will visit it
Post a Comment