Monday 27 April 2015 | By: Unknown

pengenalan kepada dadah



adakah anda tahu maksud dadah ?


secara umummya, dadah dikenali sebagai suatu bahan yang digunakan untuk merawat penyakit. kebiasaannya ia digunakan untuk mengurangkan simptom sesuatu penyakit atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.

namun, secara terperinci pula  dadah  merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, kita sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup kita.

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.



 lebih kurang 200 juta manusia menggunakan pelbagai jenis dadah untuk pelbagai tujuan.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.



Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis:

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna

Pentadbir SMK Shahbandaraya


 Barisan pentadbir yang cemerlang dan komited di bawah pimpinan Pengetua yang berwibawa iaitu Datin Hajah Zanariah bt. Ibrahim.








Friday 24 April 2015 | By: Unknown

Profil SMK Shahbandaraya

VISI
 
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
 
MISI
 
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang  Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
 
 
MOTO SEKOLAH 
 
Berakhlak, Berilmu, Beramal
 
 
 
LAGU SEKOLAH
 
 
kami bertekad cita yang satu
cemerlang menepati wawasan
hidup berakhlak hidup beramal
berilmu dan harmonis
 
 
luas lautan rempuh gelora
genggam ilmu di dada
ilmu menjana kemajuan
bermula di  sini
 
maju sekolahku terus maju
berteras asas rukun Negara
berinovasi berprogesif
celik teknologi

Kenali SMK Shahbandaraya

Sekolah Menengah Kebangsaan  Shahbandaraya telah dibuka dengan rasminya pada 9 Jun 2003. Sekolah ini beralamat di Jalan Raja Nong Off Jalan Kota Raja, 41000 Klang. Berstatuskan sekolah menengah harian biasa, sekolah ini menempatkan pelajar dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam.

Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2004 di bawah pentadbiran pengetua pertamanya iaitu Puan Hajah Fatimah Bt Mat Tamin dan dibantu oleh dua orang 'care taker' iaitu Puan Hajah Mawarni Bt Yahya (Penolong Kanan Pentadbiran ) dan Puan Hajjah Jamaliah Bt Rais sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pada 1 Januari 2004, sekolah ini telah mula menerima kemasukan seramai 158 orang pelajar dan 19 orang guru.


Pada tahun 2005, SMK Shahbandaraya telah menerima 62 orang pelajar bagi kumpulan pertama Program Pelajar Rancangan Khas (KRK) dan juga mengambil pelajar Pra Universiti Aliran Sains manakala pengambilan aliran Sastera Pra Universiti dilakukan pada tahun 2006. Tahun 2006 juga merupakan tahun pertama seramai 118 orang pelajar SMK Shahbandaraya menduduki perperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sekolah ini.


Sebelum menggunakan nama SMK Shahbandaraya sekolah ini didaftarkan atas nama SMK Kampung Jawa 2, Memandangkan terdapat empat buah sekolah yang menggunakan nama Kampung Jawa, terdapat pelbagai kekeliruan yang timbul dalam masyarakat di sini, maka melalui surat KP (JPS) 5181/57/Jld. bertarikh 13 Oktober 2005 dengan secara rasminya nama sekolah ini ditukar kepada SMK Shahbandaraya.

Kini, SMK Shahbandaraya telah mencapai usianya yang ke-11 tahun. Bilangan pelajar telah mencecah 1836 orang dab 137 orang tenaga pengajar. Telah banyak perubahan yang berlaku kepada sekolah terutamanya dari segi persekitaran sekolah yang kelihatan cantik, bersih dan kemas. SMK Shahbandaraya yang ditadbir oleh Datin Hajah Zanariah Bt Ibrahim juga turut dikenali sebagai 'sekolah berinformasi' kerana setiap ruang sekolah disediakan pelbagai informasi yang amat berguna untuk para pelajar.

Pengurusan yang berkualiti dan amalan budaya cemerlang di kalangan semua guru, kakitangan sekolah dan semua SMK Shahbandaraya mampu menjadikan sekolah ini ''Sekolah Cemerlang, Sekolah Berkualiti dan Sekolah Pilihan''.