Friday 29 May 2015 | By: Unknown

Kebaikan mengadakan kempen

Assalamualaikum,

Akhir -akhir ini saya sering melihat kempen anti-dadah yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu di mana-mana sahaja. Semakin lama, aktiviti ini semakin berkembang di pusat membeli belah , menjadi bahan bacaan umum, ditampal di 'banner' di jalan raya dan bukan hanya tertumpu di hospital sahaja.

Ternyata aktiviti ini  membawa respon yang positif apabila orang ramai semakin mengenali apa itu dadah dan bagaimana ia boleh menghancurkan hidup seseorang.

Salah satu contoh pendedahan tentang rokok
di Hospital Putrajaya 

Pada 9 Mei yang lalu, saya telah melawat saudara saya di Hospital Putrajaya. Apabila melintasi kawasan itu, saya terlihat seorang kanak kanak berusia lingkungan 8tahun sedang melihat organ-organ perokok yang telah rosak.

####

Saya bersetuju dengan strategi (Klinik Berhenti Merokok ) ini kerana ia memberi pendedahan kepada umum tentang keburukan dan kesan terhadap perokok. Organ-organ yang terjejas apabila merokok .



Bagi mereka yang kurang pengetahuan tentang sesuatu penyakit ,secara tidak langsung kempen-kempen seperti ini dapat membuka fikiran mereka tentang penyakit tersebut . Ini kerana, susah untuk orang awam mendapatkan maklumat tentang sesuatu penyakit sekiranya bukan melalui 'pamphlet' , banner , kempen dan bahan bacaan yang tidak langsung . Bermula di hospital  kemudian disebarkan secara meluas di pusat membeli belah ataupun banner.



Penting bagi pihak hospital, klinik atau kesihatan meluaskan promosi mereka tentang pencegahan, maklumat penyakit. Hal ini kerana, langkah seperti ini perlu diambil oleh pihak yang arif tentang perkara ini dahulu dan kemudian disebarkan kepada umum.

Apa akan jadi sekiranya pihak hospital kurang memberi pendedahan tentang perkara seperti ini ?




Masyarakat sekarang semakin sibuk dengan pekerjaan dan dunia mereka. Mereka hanya akan pergi ke hospital sekiranya ada keperluan sahaja seperti sakit ataupun  untuk 'check up' . Jadi, jika sesebuah hospital atau itu  menyediakan bahan bacaan umum, pesakit boleh meluangkan masa sementara menunggu giliran dengan membaca walaupun hanya dengan sekilas lalu. Tetapi jika tiada bahan bacaan yang disediakan, maka tiada lah ilmu yang mereka dapat dan kurang lah pengetahuan mereka tentang sesuatu penyakit.
Sekurang-kurangnya, walaupun perokok yang membaca bahan bacaan ini tidak berhenti merokok secara drastik, namun mereka tahu apa kesan terhadap organ dalaman mereka jika tabiat ini diteruskan .


 
Thursday 14 May 2015 | By: Unknown

Bengkel Pembinaan Blog , Vlog PPDa & Brosure

Pada 15 April yang lalu, telah diadakan satu Bengkel Blog, Vlog PPDa  & Brosure di SMK Kwang Hwa, Klang. Bengkel ini dihadiri oleh seorang wakil daripada kelab SLAD SMK Shahbandaraya, Nurul Izzati Bt Abdullah bersama guru pengiring Puan. Siti Hasnor.

Ia bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan cara pembinaan blog, vlog  dan brosure bersempena dengan 'Pertandingan pembinaan Blog, Vlog PPDa & Brosure yang dianjurkan oleh Ppda Daerah Klang.

Banyak ilmu yang dikongsi terutamanya ilmu berkenaan ICT dan rekaan.

Objektif :   1) Meningkatkan penggunaan media pencegahan dadah di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan Pendidikan dan Aplikasi ICT masa kini.

                  2) Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan     pelaksanaan dan hala tuju Program Pencegahan Dadah.



Bersama guru pengiring, Puan Siti Nor Hasnor
di SMK KWANG Hwa






Majlis bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 4:00 petang yang diuruskan oleh Pn.Prema A/P Balakrishman bersama Pn.Rafidah Bt.Mat Yunus. Semua wakil setiap sekolah menghadirkan diri bagi mendengar taklimat tersebut.





Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada pelajar pelajar ntuk menceburkan diri dengan lebih mendalam lagi dalam bidang ICT di samping mendapat banyak pengetahuan tentang dadah melalui krusus-krusus yang dihadiri. Semoga dengan pengalaman dan pengetahuan ini dapat dimanfaatkan pada masa hadapan nanti.
Friday 8 May 2015 | By: Unknown

KEM JAMBORI PPDA & SLAD 2015

Pada 24, 25 dan 26 Mac 2015 yang lalu, 4 orang ahli SLAD SMK Shahbandaraya telah menghadiri satu kem yang dianjurkan oleh PPDA iaitu Kem Jambori peringkat daerah. Ramisya Adlina, Nur 'Izzah, Haimon A/L Franklin dan Muhd Adha merupakan keempat-empat pelajar tersebut. Kem tersebut memberikan banyak manfaat kepada kami dan juga pengalaman yang berharga.

Komander Kem: En. Muhd Ridzuan
Penolong K. Kem: Pn. Susila

Objektif kem: Mengajar kami untuk cara menjadi seorang pemimpin yang baik dan mendedahkan soal Pendidikan Pencegahan Dadah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan: Energizer, kembarun, video koperat, drag rocket, raja sehari, kreatif & kritis, ceramah kepimpinan, ceramah cara mengurus masa, ceramah dadah, senamrobik, malam kebudayaan, resolusi dan banyak lagi,

 
Energizer

Senamrobik


Drag Rocket