Sunday, 28 June 2015 | By: Unknown

PAMERAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SHAHBANDARAYA 2015

SMK Shahbandaraya telah berjaya menganjurkan Pameran PPDa yang melibatkan pihak AADK,Klang & PEMADAM,Selangor pada 22 April 2015 yang menyasarkan semua warga Shahbandaraya.Pameran ini telah memberi banyak input buat semua mengenai bahaya DARIH.Pada tahun akan datang,pameran sebegini perlu melibatkan lebih banyak kerjasama agensi luar.
Pengetua,Datin Zanariah menyampaikan cenderehati kepada Pihak Pemadam,Selangor.


GKMP Kemanusiaan,Puan Rozilawati turut berada di pameran.

Datin Zanariah bersama Pihak PEMADAM,Selangor,AADK,Klang, Pihak PIBG sekolah,PK HEM dan PRS Shahbandaraya.

Ubatan menggunakan sumber asli

Bahan-bahan rujukan yang disediakan PEMADAM





Pelajar khusyuk mendengar penerangan





Puan Norsyarimah,Guru Penyelaras PPda bersama Pihak PEMADAM

Jurugambar bertugas bersama pihak AADK,Klang.

Ahli SLAD bersama Datin Zanariah,Pengetua dan Puan Junaidah,PK HEM Shahbandaraya



Penerangan oleh pihak AADK,Klang




Ruang pameran yang bermaklumat




Puan Junaidah,Puan Siti Hajar bersama Pihak PEMADAM dan Ahli SLAD yang bertugas

Ahli SLAD yang bertugas
Disediakan oleh:
Nur Hasmah 2Z
Aedrina Izzati 2M
Nik Nur Ain 2Z
Wani Amran 2B

CERAMAH REMAJA & DADAH DARI PEMADAM

Pada 22 April 2015,Ceramah mengenai Remaja & Dadah dari pihak PEMADAM,Selangor diadakan khas untuk pelajar sesi petang dan guru-guru di Serambi,Shahbandaraya.Ceramah ini memberi maklumat dan info yang baru kepada pelajar mengenai masalah dadah di kalangan remaja di Malaysia.






Oleh:
Ruthiranath a/l V.thanabalan 2Z
Thinesshan a/l P.P Chandran 2Z
Chang Pin You 2Z

CERAMAH BAHAYA DADAH BERSAMA PEGAWAI AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN,KLANG.

Pada 22 April 2015,Unit PPDa SMK Shahbandaraya menjemput pihak AADK untuk menyampaikan ceramah mengenai Bahaya Dadah kepada para pelajar yang diadakan di Bilik Seminar.Ceramah ini menarik perhatian pelajar kerana memberi maklumat yang lengkap dan memberi pengajaran kepada semua mengenai Bahaya Dadah.Ceramah seperti ini harus diadakan secara berkala demi memastikan pendidikan pencegahan  dadah dapat dilaksanakan dengan lebih baik.









Disediakan oleh:
Harris Daniel 2M
Ahmad Ridhuan 2B
Zharif Afzan 2U


BENGKEL BUKU LOG & BUKU SKRAP DENGAN PUAN NORSYARIMAH

We r goin through Bengkel Buku Log & Buku Skrap with Puan Norsyarimah to ensure that we are doing well in our log book and scrap book.Tq Puan Norsyarimah.Hopefully we will get good score in the Penilaian Akhir SLAD this year.
















By:
Manoranchi a/p Mohan 2Z
Varshika a/p Shentarakanan 2Z
Santhini a/p Veggadasalam 2Z
Clarissa Lizanne 2Z

BENGKEL BLOG DI SMK BUKIT TINGGI



Assalamualaikum semua.hai kawan-kawan,saya Nuru Izzati Abdulah telah mewakili ahli Slad Shahbandaraya menyertai Bengkel Blog di SMK Bukit Tinggi,Klang pada 24 April 2015.Saya berasa sangat teruja dapat menyertai program ini sebab dapat belajar banyak benda baru seperti membina blog PPda sekolah kita.tak sabar nak share dengan kawan-kawan,nanti kita buat sama-sama ok.Ini antara gambar sepanjang bengkel yang saya boleh share dengan kawan-kawan.Bye,jumpa lagi.