Monday, 1 June 2015 | By: Unknown

Jenis-jenis Dadah

Terdapat banyak jenis dadah yang diambil oleh penagih sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Namun hanya beberapa jenis dadah yang popular di kalangan penagih di Malaysia atas faktor-faktor tertentu.

HEROIN




Definisi  

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain 

Big H , Dope , Smack , TNT

Ciri-ciri penagih

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul


MORFIN

Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ’999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas


GANJA


Definasi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul


Purata Pengambilan Dadah di Dunia

Jika dilihat secara rawak, terdapat pelbagai jenis dadah di serata dunia dalam pelbagai bentuk, rupa, dan warna yang dijual secara haram. Dan terdapat pelbagai sumber pengambilan dadah sama ada melalui sumber semulajadi atau yang telah diproses.


Walaupun undang undang telah menetapkan hukuman yang berat terhadap pesalah yang mempunyai kesalahan mengedar dadah, dan inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk memerangi penyalahgunaan dadah di negara mereka. Namun, pengedaran dadah masih terus berkembang di serata dunia dan lebih teruk, ia melibatkan perdagangan manusia.

Akaun perdagangan dadah selama hampir 1% daripada hasil kewangan dunia, dengan perdagangan kokain sahaja menawarkan perolehan tahunan sekitar $ 85000000000 - semua bebas cukai.


Pengagihan dadah 

Dadah disebarkan secara meluas di kebanyakan negara di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.Melintasi semua sempadan, pengguna dibekalkan dengan produk-produk ini menyalahi undang-undang oleh trak, kapal, atau pesawat kecil.

Amerika Utara



  • Penggunaan: Seluruh dunia penggunaan kokain terbesar, perangsang Amphetamine-jenis menggunakan meningkat.
  • Perdagangan: Mexico mafias semakin terlibat dalam penyeludupan dadah di sempadan AS atau melalui Pasifik.
  • Pengeluaran: perangsang Amphetamine-jenis dihasilkan untuk pasaran tempatan.

Amerika Tengah / Mexico / Caribbean




  • Penggunaan: Kecenderungan meningkat.
  • Perdagangan: Salah satu paksi perdagangan kokain Amerika Selatan membekalkan Eropah; kapal terbang kecil, kurir, dan kapal-kapal kargo mengangkut produk.
  • Pengeluaran: Candu untuk Amerika Utara.

Amerika Selatan

  • Penggunaan: Meningkatkan jumlah kokain dan Amphetamine-jenis perangsang.
  • Perdagangan: Dalam hampir semua negara di rantau ini; Venezuela dan Brazil adalah persinggahan sebelum penghantaran ke Afrika atau Eropah.
  • Pengeluaran: Hampir semua kokain di dunia datang dari Colombia, Peru, dan Bolivia.


Barat dan Eropah Tengah

  • Penggunaan: penggunaan kokain kekal pada tahap yang tinggi, penggunaan opiat dan perangsang Amphetamine-jenis meningkat.
  • Perdagangan: Destinasi untuk ribuan tan ubat-ubatan; banyak penyeludupan tengah Eropah; titik penting kawalan di Amsterdam, Madrid, dan di sepanjang sempadan Jerman.
  • Pengeluaran: pasaran besar untuk amfetamin, methamphetamines kebanyakannya dihasilkan di makmal kecil di Republik Czech dan kurang kerap di Slovakia dan Jerman.

Timur dan Selatan-Timur Eropah

  • Penggunaan: penggunaan yang lebih meluas opiates kerana berdekatan dengan jalan perdagangan.
  • Perdagangan: Penghantaran opiates ke Eropah Barat: kokain yang diseludup masuk dari Afrika ke Eropah Tengah melalui rantau ini.
  • Pengeluaran: perangsang Amphetamine-jenis dihasilkan di kebanyakan negara.

Dekat dan Timur Tengah

  • Penggunaan: penggunaan Tinggi opiates kerana berdekatan dengan sumber, penggunaan perangsang Amphetamine-jenis meningkat.
  • Perdagangan: laluan perdagangan utama untuk candu dan heroin, kartel dari hampir 20 negara-negara yang terlibat.
  • Pengeluaran Candu terutamanya di Afghanistan;: Pengeluaran heroin dihasilkan dalam hampir semua negara untuk memenuhi permintaan Eropah.

Asia


  • Penggunaan: penggunaan Terbesar di seluruh dunia perangsang Amphetamine-jenis dan candu.
  • Perdagangan: dalaman Amphetamine-jenis besar perangsang pasaran; beberapa opiates dari Myanmar dan Laos dihantar di Pasifik.
  • Pengeluaran: perangsang Amphetamine-jenis dihasilkan hampir di mana-mana, Myanmar merupakan pengeluar kedua terbesar di dunia bagi opiates.

Oceania


  • Penggunaan: Meningkatkan penggunaan perangsang Amphetamine-jenis.
  • Perdagangan: Tidak Penting.
  • Pengeluaran: perangsang Amphetamine-type untuk pasaran dalaman.

Afrika


  • Penggunaan: Meningkatkan penggunaan perangsang Amphetamine-jenis.
  • Perdagangan: Pengangkutan laluan ke Eropah, namun menjadi kurang relevan kerana kawalan diperkukuhkan; kartel berkuasa di Nigeria mengawal selia jualan di rantau ini dan perdagangan terus ke Eropah.
  • Pengeluaran: Tidak Penting.


Friday, 29 May 2015 | By: Unknown

Kebaikan mengadakan kempen

Assalamualaikum,

Akhir -akhir ini saya sering melihat kempen anti-dadah yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu di mana-mana sahaja. Semakin lama, aktiviti ini semakin berkembang di pusat membeli belah , menjadi bahan bacaan umum, ditampal di 'banner' di jalan raya dan bukan hanya tertumpu di hospital sahaja.

Ternyata aktiviti ini  membawa respon yang positif apabila orang ramai semakin mengenali apa itu dadah dan bagaimana ia boleh menghancurkan hidup seseorang.

Salah satu contoh pendedahan tentang rokok
di Hospital Putrajaya 

Pada 9 Mei yang lalu, saya telah melawat saudara saya di Hospital Putrajaya. Apabila melintasi kawasan itu, saya terlihat seorang kanak kanak berusia lingkungan 8tahun sedang melihat organ-organ perokok yang telah rosak.

####

Saya bersetuju dengan strategi (Klinik Berhenti Merokok ) ini kerana ia memberi pendedahan kepada umum tentang keburukan dan kesan terhadap perokok. Organ-organ yang terjejas apabila merokok .



Bagi mereka yang kurang pengetahuan tentang sesuatu penyakit ,secara tidak langsung kempen-kempen seperti ini dapat membuka fikiran mereka tentang penyakit tersebut . Ini kerana, susah untuk orang awam mendapatkan maklumat tentang sesuatu penyakit sekiranya bukan melalui 'pamphlet' , banner , kempen dan bahan bacaan yang tidak langsung . Bermula di hospital  kemudian disebarkan secara meluas di pusat membeli belah ataupun banner.



Penting bagi pihak hospital, klinik atau kesihatan meluaskan promosi mereka tentang pencegahan, maklumat penyakit. Hal ini kerana, langkah seperti ini perlu diambil oleh pihak yang arif tentang perkara ini dahulu dan kemudian disebarkan kepada umum.

Apa akan jadi sekiranya pihak hospital kurang memberi pendedahan tentang perkara seperti ini ?




Masyarakat sekarang semakin sibuk dengan pekerjaan dan dunia mereka. Mereka hanya akan pergi ke hospital sekiranya ada keperluan sahaja seperti sakit ataupun  untuk 'check up' . Jadi, jika sesebuah hospital atau itu  menyediakan bahan bacaan umum, pesakit boleh meluangkan masa sementara menunggu giliran dengan membaca walaupun hanya dengan sekilas lalu. Tetapi jika tiada bahan bacaan yang disediakan, maka tiada lah ilmu yang mereka dapat dan kurang lah pengetahuan mereka tentang sesuatu penyakit.
Sekurang-kurangnya, walaupun perokok yang membaca bahan bacaan ini tidak berhenti merokok secara drastik, namun mereka tahu apa kesan terhadap organ dalaman mereka jika tabiat ini diteruskan .


 
Thursday, 14 May 2015 | By: Unknown

Bengkel Pembinaan Blog , Vlog PPDa & Brosure

Pada 15 April yang lalu, telah diadakan satu Bengkel Blog, Vlog PPDa  & Brosure di SMK Kwang Hwa, Klang. Bengkel ini dihadiri oleh seorang wakil daripada kelab SLAD SMK Shahbandaraya, Nurul Izzati Bt Abdullah bersama guru pengiring Puan. Siti Hasnor.

Ia bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan cara pembinaan blog, vlog  dan brosure bersempena dengan 'Pertandingan pembinaan Blog, Vlog PPDa & Brosure yang dianjurkan oleh Ppda Daerah Klang.

Banyak ilmu yang dikongsi terutamanya ilmu berkenaan ICT dan rekaan.

Objektif :   1) Meningkatkan penggunaan media pencegahan dadah di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan Pendidikan dan Aplikasi ICT masa kini.

                  2) Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan pelajar sekolah selaras dengan     pelaksanaan dan hala tuju Program Pencegahan Dadah.



Bersama guru pengiring, Puan Siti Nor Hasnor
di SMK KWANG Hwa






Majlis bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 4:00 petang yang diuruskan oleh Pn.Prema A/P Balakrishman bersama Pn.Rafidah Bt.Mat Yunus. Semua wakil setiap sekolah menghadirkan diri bagi mendengar taklimat tersebut.





Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada pelajar pelajar ntuk menceburkan diri dengan lebih mendalam lagi dalam bidang ICT di samping mendapat banyak pengetahuan tentang dadah melalui krusus-krusus yang dihadiri. Semoga dengan pengalaman dan pengetahuan ini dapat dimanfaatkan pada masa hadapan nanti.
Friday, 8 May 2015 | By: Unknown

KEM JAMBORI PPDA & SLAD 2015

Pada 24, 25 dan 26 Mac 2015 yang lalu, 4 orang ahli SLAD SMK Shahbandaraya telah menghadiri satu kem yang dianjurkan oleh PPDA iaitu Kem Jambori peringkat daerah. Ramisya Adlina, Nur 'Izzah, Haimon A/L Franklin dan Muhd Adha merupakan keempat-empat pelajar tersebut. Kem tersebut memberikan banyak manfaat kepada kami dan juga pengalaman yang berharga.

Komander Kem: En. Muhd Ridzuan
Penolong K. Kem: Pn. Susila

Objektif kem: Mengajar kami untuk cara menjadi seorang pemimpin yang baik dan mendedahkan soal Pendidikan Pencegahan Dadah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan: Energizer, kembarun, video koperat, drag rocket, raja sehari, kreatif & kritis, ceramah kepimpinan, ceramah cara mengurus masa, ceramah dadah, senamrobik, malam kebudayaan, resolusi dan banyak lagi,

 
Energizer

Senamrobik


Drag Rocket